Sek Ren. Integrasi Teras Islam

SRITI SEREMBAN 2

Mengenai Kami

Kurikulum

Pendaftaran Baru

Sumbangan

Mengenai Kami

Pendaftaran 2025 kini dibuka

DAFTAR SEKARANG

Tempat terhad!

Lokasi kami

Kenapa pilih SRITI Seremban 2?

Berdaftar dengan JAKIM

SRITI Seremban 2 adalah berdaftar dengan JAKIM, ​JHEAINS serta ROS (sebagai pertubuhan bukan ​kerajaan).

Bayaran Berpatutan

Yuran tahunan dan bulanan yang lebih kompetetif. ​Hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Kurikulum Integrasi

Kurikulum integrasi meliputi Pra Tahfiz, KSSR, KAFA dan ​KAFFAH melalui pendekatan Pembelajaran Abad ke-21.

INFO LANJUT

Silibus PRA TAHFIZ

Anak-anak didedahkan dengan kemahiran menghafaz ​melalui subjek Tahfiz Al-Quran dan As-Sunnah (TQS) ​seawal Tahun Satu.

Guru Berdedikasi

Pasukan tenaga pengajar yang cukup kreatif dan ​inovatif serta mendapat latihan dari SRITI Malaysia

Pembangunan Insan Mulia

Anak-anak diberi tarbiyah berkaitan solat, ibadah ​khusus, adab dan penerapan nilai-nilai murni.

DAFTAR SEKARANG

MINUM PAGI & MAKAN TENGAHARI

Ya! Minum pagi dan makan tengahari ​disediakan melalui sumbangan wakaf ​orang ramai untuk anak-anak SRITI ​Seremban 2

WAKTU SEKOLAH 7.30 PAGI - 4.30 ​PETANG *Jumaat 7.30 pagi - 12.00 t/hari

Walaupun waktu sekolah yang panjang, anak- ​anak akan diberikan masa rehat iaitu tidur ​sekejap sebelum Zohor (Qailulah) sebelum ​memulakan sesi pembelajaran di sebelah petang.

Kelas berhawa dingin untuk keselesaan pelajar. ​Bilangan pelajar 18-20 orang sekelas.

SETIAP INSAN MEMPUNYAI ​POTENSI TERSENDIRI

Dengan misi untuk memastikan ​bahawa tidak ada anak-anak yang ​ketinggalan dalam usaha mencapai ​kecemerlangan akhlak dan ​akademik, komuniti SRITI Seremban ​2 telah melaksanakan pelbagai ​program dan bimbingan untuk ​semua murid. Insya-Allah, sama- ​sama kita serlahkan potensi dan ​bakat yang ada pada mereka ​sebagai hamba Allah dan pemimpin ​masa depan.

DAFTAR SEKARANG

AKTIVITI KOKURIKULUM

Memanah Terbuka kepada semua ​murid Latihan 2 minggu sekali (Khamis ​petang) Yuran: Pendaftaran RM40, ​bulanan RM25

Taekwondo

Wajib kepada murid tahun 3-6

Latihan setiap Selasa pagi

Yuran: Pendaftaran RM50, bulanan RM50

Profil SRITI Seremban 2

VISI

Melahirkan Generasi Soleh Pintar Rabbani & Murabbi.

MISI

Memberikan pendidikan peringkat rendah berasaskan kurikulum ​integrasi meliputi tahfiz, fardhu ain dan fardhu kifayah melalui ​persekitaran yang kondusif.

1.

2.

3.

4.

OBJEKTIF PENDIDIKAN SRITI

Menawarkan pakej pendidikan berteraskan Islam di peringkat ​sekolah rendah kepada anak-anak rakyat di Malaysia. ​Menyediakan pendidikan bersepadu sebagai kesinambungan ​daripada institusi prasekolah PASTI.

i Islam bagi melahirkan insan yang beriman,

Mendidik generas

berakhlak dan berilmu serta memahami Islam sebagai agama

yang lengkap dan syumul.

Melahirkankan generasi muda Islam sebagai petugas dan

pemimpin umat Islam akan datang.

SASARAN MURID

Murid berumur 7 hingga 12 tahun ​Graduan PASTI adalah sangat digalakkan ​Beragama Islam

DAFTAR SEKARANG

Kurikulum

Kurikulum SRITI merupakan integrasi daripada empat komponen utama ​(TQS, KAFFAH, KSSR dan Diniyah) untuk mencapai visi dan misi SRITI.

Keempat-empat komponen ini disepadukan untuk menghasilkan

kurikulum SRITI – KAFFAH yang memenuhi tuntutan fardu ain dan fardu ​kiyafah selaras dengan Falsafah Pendidikan SRITI (FPS).

Komponen-komponen yang terdapat di dalam kurikulum

SRITI – KAFFAH adalah seperti berikut;

Tahfiz Al-Quran dan As-Sunnah (TQS)

Ia mengandungi tiga bahagian iaitu Pra Tahfiz, Al-Quran ​(tematik) dan Hadis Pilihan Bertema. ​Setiap ayat hafazan adalah berdasarkan tema Aqidah, ​Ibadah, Akhlak, Qasas & Sains

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

KSSR merupakan kurikulum baharu bagi mengantikan

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang

telah diguna pakai di semua sekolah rendah

Kementerian Pendidikan Malaysia di seluruh negara.

Kurikulum Diniyah (KAFA)

SRITI menggunapakai kurikulum Kelas al-Quran dan ​Fardhu Ain (KAFA) daripada JAKIM. Ia memberi peluang ​kepada murid SRITI untuk menduduki Ujian Penilaian ​Kelas KAFA (UPKK) pada tahun 5.

Kurikulum Fardu Ain dan Fardu Kifayah ​(KAFFAH)

Bertujuan untuk memberi nilai tambah kepada ​kurikulum KSSR dan Diniyah yang sedia ada bagi ​memenuhi keperluan kepada kurikulum berteraskan ​paradigma tauhid berpandukan al-Quran dan as- ​Sunnah.

DAFTAR SEKARANG

Pendaftaran Murid Baru

Pendaftaran murid baru dijalankan sepanjang tahun

*(tertakhluk kepada kapasiti murid semasa)

Deposit pendaftaran sebanyak RM200 adalah ​sebahagian

daripada yuran keseluruhan

DAFTAR SESI 2025 (TAHUN 1 - 6)

ANGGARAN YURAN 2025 ​*Tertakhluk kepada perubahan

Lawatan atau school visit adalah pada ​hari Jumaat 2.30 - 4.00 petang dengan temujanji sahaja

Anggaran Yuran

DAFTAR SESI ​2025 (TAHUN ​1 - 6)